trip tO singapOre

Assalamualaikum w.b.t...

sejak akhir-akhir nie ieyra rasa macam malas je nak updated blog. 
tapi ieyra kuatkan semangat jugak nak updated sebab kesian kat pengunjung blog ieyra asyik baca yang sama jek.

opppss!! kejap-kejap , ada ke orang nak baca blog ieyra nie??? hahahahaha
(dalam kebingungan kejap)

oke ! ieyra nak share dengan korang gambar-gambar ieyra time pegi singapore minggu lepas.

oke jOm !




gambar kat depan pintu masuk.


haa . seksi kan? gambar ieyra lepas masuk The Mummy.
uissh... memang seronok.


hee~ bersama woodypecker .

snap pic kat depan tOilet bersama botOl air transfOrmer.
tapi sayang~ botol tu daah pecah pon.
sOb....sOb.... =(

kat bahagian Treasure Hunt

masih mampu tersenyum lepas main roller coaster.
hihihi



sebenarnye banyak lagi gambar ieyra masa kat sana. malas nak masuk banyak-banyak takut nanti korang bosan pulak tengok gambar ieyra nie .

heee ~ oke papai . .









bersyukur

mimik muka sebelum lunch

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
berkerut-kerut muka tu sambil membayangkan santapan tengahari yang sedap-sedap dan special.
hehehehehe


mimik muka selepas lunch


-
-
-
-
-
-
-
-
-


ambik kaw ! kenyang sampai terduduk .
sendawa pun , Masya- Allah . sampai tak ingat dunia .

psstt . psstt . .  jangan jadi macam ini k.

sepatutnya kita jadi macam ini...

-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-

menjadi hamba yang bersyukur . semoga hidup diberkati oleh-Nya .




kotak hati:
pic pinjam dari google

wassalamm . . .. 





tension

pe korang akan buat apabila korang rasa stress + tension ??


adakah korang akan jadi macam ini 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

menjerit sekuat hati didalam ofis / sekolah korang?

tak pun korang akan jadi macam ini ??

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

membuat mimik muka yang perlbagai untuk menghilangkan tension tersebut

tapi ada sesetengah orang akan pergi ke . . . .
-
-
-
-
-
-
sini
haa . . yang ini mesti ramai yang suka kan ??

apa-apa pun kita sebagai umat Islam hendak sentiasa bersabar dengan setiap halangan dan cabaran yang kita hadapi .

pohon kepada yang Maha Kuasa supaya di pertabahkan hati kita ini. .



nota kecil :
kesemua gambar tu, cik ieyra pinjam dari gOogle . mekaseh tao !

wassalam . . 




IntaNBerliaN's First Giveaway

hye korang !
masa cik ieyra jalan-jalan blog blogger lain dan cik ter-NAMPAK ad satu giveaway yang sangat menarik.
sebab apa menarik ?
sebab hadiah-hadiah dye , ehehehhehe
jom la join sekali .



berminat ?

baca syarat-syaratnye dulu ;)

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN's First Giveaway"
3) Letak banner GIVEAWAY dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry.


5) WAJIB Follow blog sponsor, Like fanpage blogshop sponsor, & masukkan semua blogshop sponsor dalam bloglist sepanjang tempoh Giveaway berlangsung


TARIKH TUTUP : 29 FEBRUARI 2012

wassalam . .. 

Contest "LIKE DAN FOLLOW" - Gallery aNNA-JuEaNNa

Assalamualaikum w.b.t. to all of u . =)
di pagi yang indah ini cik ieyra telah jOin satu contest yang sangat mudah dan menarik .

toing . .toing . . toing . .
-
-
-
-
-
-
-
-

menarik dan berminat nak join ?

klik sini >>> Peace Yo !

due date : 29 Feb 2012 . ( ada masa lagi tok korang nak join)

hadiah pun menarik . jom la join sekali .
hehehe



oke papai !

BOSAN !


hahahaha .
bosan yang teramat sangat !

k papai !!

Mala Nasohah 1st Giveaway Contest

hye sume . kali nie cik ieyra nak join contest yang berasal dari kak Mala kite nie .

kalau berminat nak jOin, klik sini >>> PEACE

due date : 29 Januari hingga 29 Februari 2012.



Suatu perhubungan yang kekal ialah suatu hubungan yang penuh dengan keikhlasan dan keberkatan dari yang Maha Esa.


wassalam . . 


Contest Happy Faces by Capt.Keon Alhan and Oh Daus

Assalammulakum untuk semua warga blogger sekalian.

nak cerita sikit nie , nie first time cik ieyra
masuk .hehehe .

oke ;) segmen nie cik ieyra telah di tagged oleh 2 orang insan yang sangat mulia hati nya . mekasih cik sufi dan  ikaa.

kalau berminat nak join boleh klik kat sini >> Capt.Keon Alhan





oke ! cik ieyra telah memilih gambar yang terbaik . 

-
-


-

-
-
-
-
-
-

-
TADAAAA . . ..

oke . serba sikit hikayat mengenai gambar nie .

tersebutlah alkisah dimana kami pergi menjalani praktikal test marine
gambar nie di ambil oleh pensyarah cik ieyra yang kacak bergaya En. Khairul  .mekaseh ea cik .

masa nie kteowg baru siap main Abseiling.
lihat lah muka masing-masing . ter-SANGAT lah ceria sebab seronok sangat join aktiviti nie .
nie adalah the best moment on my life .

seronok sangat bila dapat join aktiviti yang mencabar dan lasak .

nak tahu lokasi ? kteowg buat program nie kat Agro Resort Setiu, Terengganu .

oke . cukup sampai disini saja .


 wassalam . .


cik ieyra nak tagged :

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

jOm baca dan hayati pe yang cik ieyra nak kongsikan kali nie .

cik ieyra dapat info nie dari BROTHER nie . mekaseh ea .
buat perkongsian kita bersama . 
buat semua kaum hawa, pilih lah yang mana yang terbaik oke .




pssstt . .pssttt . .  cik ieyra pinjam dari google . hehehe



Kita sebagai seorang wanita, mestilah cari suami yang mempunyai sifat-sifat yang baik . bak kata orang : Perempuan yang untuk lelaki yang baik dan begitu jugalah sebaliknya. (tak paham gi tanya kat ustazah takpun kat ustaz)

baca dan fahami molek-molek ea .



hensemkan ?


1. kuat amalan agamaya. alah . contohnya macam tidak pernah tinggalkan perkara yang di suruh oleh Allah.  tak lupa juga sentiasa melakukan amalan-amalan sunat. Pe yang penting, calon suami mestilah sentiasa menjaga dan pelihara auratnye dengan sempurna. biasanya aurat seorang lelaki mudah dilihat apabila mereka bersukan .


2. akhlaknya baik. seorang yang tegas tetapi sebenarnya seorang yang lemah lembut dan mudah bertolak 

ansur pula, . kalau bercakap dengan isteri pula sentiasa sopan sebab ia melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia . (cik ieyra suka yang tegas hehehe )




3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan 



kredibilitinya. jangan cari suami yang selalu pergi disko . ;)

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. 



(penting )

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat 



demikian.


8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.





9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.


10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.





agak-agak berguna tak info yang cik ieyra bagi nie ?

Insya Allah, berguna kot .

cik ieyra pun harap sangat dapat suami yang mempunyai ciri-ciri macam tu .

wassalammm . . 


Istimewa di Bulan Mac 2012

assalamualaikum kepada semua pembaca yang cik ieyra kasihi sekalian .

kali nie , cik ieyra ada cerita yang menarik nak di kongsi tapi  cik ieyra ada something nak bagitahu . .

jeng . . jeng . .  jeng . . 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

hehehe .
berdebar tak ? jangan berdebar sangat lah , bukan hOt sangat pun isu nie .

oke . ceritanya macam nie .

-
-
-

sempena bulan 3 (Mac) 2012 yang akan datang nie . travel agensi cik ieyra (tempat cik ieyra kerja ) ada promosikan pakej menarik
sempena MATTA FAIR 2012 .



harga pakej yang disediakan pun tersangat lah menarik dan murah .

jadi kalau ada siapa-siapa yang berminat , boleh terus ke blog agensi dan bertanya soalan kat agensi tersebut . JAZ HOLIDAY
jangan lepaskan peluang menarik nie . korang boleh pergi bercuti bersama teman-teman ataupun keluarga .

happy holiday .

nota hati : 
pssttt . . psstt . .  kalau korang nak booking sekarang pun oke juga .
valid sampai bulan Julai 2012 .

wassalam . .




nak makan pizza free ??? sape yg tak nak kan .

hye sume ! 

ada sape nak makan pizza free tak ?
 haa  . cik ieyra nak bagi tahu nie . masa tengah jenguk-jenguk kat fesbuk tadi ada jumpa pasal kupOn pizza nie .


kalau nak free, dOwnlOad kat sini >>> FREE PIZZA

ber minat ? apa lagi , print lha sekarang .
tapi , sah untuk hari nie je tao .

k wassalam .


siapa nak pergi bercuti ? menarik nie .







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia buat warga blogger sekalian .

cik ieyra takde stOry yang hOt sangat tapi , adalah serba sedikit untuk di kongsi bersama . manalah tahu , kOt-kOt ada yang berminat nanti . sO , pe stOry cik ieyra kali nie ???

oke =) bulan depan iaitu bersamaan dengan 3 Mac 2012 cik ieyra akan ikut trip  . . 
haaa . , kemana agak-agaknya cik ieyra nak pegi ea .

cik ieyra nak pegi ke SingapOre .  what ?? biar betul cik ieyra nie ,. hehehe .
 memang betul pun . bayaran pun tade la mahal sangat . cik ieyra pegi nie pun under tempat cik ieyra praktikal nie .

al-maklum la , kalau berpraktikal kat agensi pelancongan nie , semestinya pergi melancong selalu .

nak tahu apa aturcaranya??
 antaranya , cik ieyra akan di bawa ke Universal Studios .

nota : cOntoh gambar .

selain itu ,  cik ieyra akan di bawa menyaksikan persembahan Song of The Sea .
whOa ! macam mana pula tu ? 

haa . macam ini lah .


kat situ kOrang bOleh saksikan kehebatan persembahan air yang sangat menarik dan sangat menakjubkan .

agak-agak kalau cik ieyra ada kat situ . mesti rasa tak nak balik rumah da . hehehe


kOrang berminat tak ?

kalau berminat  , bOleh cik ieyra bagitahu awal-awal kat staf kat sini .
harga pakej nie pun berpatutan .

ataupun infOrm kat sini je : Terbaaeekkkk ! 




Ditampar Hanya Kesalahan yang Kecil


assalammualaikum . hye semua pembaca belOg cik ieyra yang tak bape nak cantek and cun melecun nie .

oke =) kali nie cik ieyra nak ber-STORY mOry pasal guru sekOlah . sekOlah mane cik ieyra tak bOleh nak bagitahu . .

ceritanye bermula macam nie . .

pada suatu hari (cewahhh macam pertandingan bercerita pula ea )  ada seorang guru nie lakukan pemeriksaan kat student perempuan . yeee . cik ieyra tahu tak salah semua tu tapi yang menjadi kemusykilan cik ieyra sampai ke hari ni ialah pabila seorang guru menampar student sebab student tu tak jahit tepi tudung tersebut dan cuma bakar dengan lilin je .

at least jangan lah tampar . student tu pun bukannye melawan pe yang awak cakap .
nasihat je kan boleh . awak tampar die sampai die rasa pening kepala .

yang agak menghairankan . .  awak tak tampar / pukul / sengkeh student lain . student tu juga yang awak nak kenakan ea . if awak ada masalah sekali pun , jangan lepaskan kemarahan awak tu kat student lain .

contoh lah muka student tu bengkak and family student tu report kat polis . haa . macam mana awak rasa ??

maybe kerjaya awak terjejas . dan sedikit sebanyak akan memberi kesan nanti . oke lah wahai guru  , , cik ieyra malas nak story panjang-panjang . nanti jadi panjang pula entri nie . huhuhuhu .

cik ieyra minta maaf banyak-banyak kalau entri cik ieyra kali nie agak kasar .


wassalam .





PENGALAMAN NGERI SEORANG PENGGALI KUBUR



"Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. "Aii.. menung nampak? Kenapa?" tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor.

"Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah," saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala.

Mari pergi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji, overtime dll. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya.

"Pergilah dulu, nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung.

Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak.

Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal si mati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah...

Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.

Eee.... seramnya. Macam mana agaknya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya ? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh, kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal'azim...

Saya masih lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran.

Pergi... pergi sekarang ! Johar, masa inilah kalau nak cuba . Kawan- kawan dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya.

Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di telinga.

Cepat, cepat, cepat ! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi ? ' Kan engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut ? Allah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh mati ...

Jadi bisu ? Sakit, lepas tu mereng sampai mati Jangan pedulilah, tu cerita orang saja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat!

Dimulai lafaz Bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak kematian sekali gus, taklah timbul masalah.

Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah, lailahaillallah, lailahaillallah...

Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh.

Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pernah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata.

Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran.

Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup menyeberangi ke alam barzakh, tapi saya ingin juga merasainya.

Lailahaillallah

Lailahaillallah

Lailahaillallah

Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.

GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP!!

Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan.

"Ya Allaaaaahhh... apa yang berlaku ini ? " saya menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti hendak mengalir.

GGGRRRRUUUMMM...

Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku..

Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut.

ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK

Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat.

AARRKKK... UUURRRKKGGH!!!

Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi.

Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba... PPPR-RRAAPPPPP!!!... bunyi papan patah berderai.

PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP!

Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula tulang-temulang patah !

Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu. Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah berderap-derap.

Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan angin yang amat dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan telinga. Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang membara, merah menyala.

Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh, panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya masak.

"ARGGGHHHH" Jangan pukul aku lagiiiii!!!" saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya.

Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya.

"Arrgghhh... sakit, sakiiittt!!" saya meraung-raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya.

Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda gempa.

Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas.

Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa hening.

"Johar... Johar !! " sayup-sayup nama saya dipanggil.

Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata.

"Johar... bangun, bangun!" nama saya dipanggil lagi, badan digoncang-goncang.

Saya buka mata sedikit. Ooo... rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur.

Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa. Lama mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri.

"Engkau menepis sana , mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau tumbuk.. Aku ambil air. Aku simbahlah," kata Bakar sambil menunjukkan baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan.

Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya.

Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat.

Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu. Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan, mimpi dan igauan semata-mata.

Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya saya telah saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah.

Yang penting keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai.

Peristiwa pada pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang benar-benar mendalam di hati saya. Sesungguhnya janji ALLAH itu benar...MATI itu benar...SYURGA - NERAKA itu benar....dan...azab kubur ...itu juga benarrrr..... Semoga ALLAH terima segala amalan kita dan mengampuni dosa-dosa kita.... AMIN YA RABBAL A'LAMIN 





sumber : disini 


19 Tanda Lelaki Jatuh Cinta Dengan Wanita

hye semua ! selamat pagi cik ieyra ucapkan .ngee~
oke . ari nie cik ieyra nak kongsi mengenai tanda-tanda lelaki jatuh cinta . bagi sesiapa yang single tu , kalau rasa ada tanda-tanda tu kat sini . . .  SAH !!!  lelaki tersebut dah jatuh cinta dengan anda . oke . jOm kita baca apa tanda-tandanya .

1. Mereka senyum kepada anda. (terlalu banyak senyuman yang diberikan)

2. Mereka gelak dengan lawak jenaka anda. (walaupun lawak yang anda sampaikan sebenarnya tidak lawak)

3. Mereka pertahankan anda daripada orang lain.

4. Mereka bertanyakan soalan mengenai kehidupan anda.

5. Mereka merenung anda secara sembunyi.

6. Mereka akan gagap apabila bercakap berhadapan dengan anda.

7. Mereka gemar untuk menyebut nama anda.

8. Mereka memanggil anda dengan nama gelaran yang manja.

9. Mereka akan mengajak anda keluar.

10. Mereka akan menelefon atau mesej anda setiap hari.

11. Mereka akan berperwatakan lebih matang dan menghormati orang lain apabila anda berada dihadapan mereka.

12. Mereka akan memuji penampilan anda.

13. Apabila mereka berusaha melakukan lawak jenaka, reaksi anda adalah yang pertama mereka akan lihat.

14. Mereka sentiasa berusaha untuk bersama dengan anda seperti didalam kumpulan, kelas atau sebagainya.

15. Mereka bertanyakan rakan anda soalan mengenai diri anda.

16. Mereka bertanyakan pandangan anda mengenai lelaki lain.

17. Mereka meminta nasihat anda mengenai wanita lain.

18. Mereka mengingati semua perkara mengenai diri anda.

19. Mereka berjenaka untuk mengetahui status diri anda yang sebenar.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...